ARTIKEL

Anggota APM Matu melakukan pemantauan di kawasan terjejas.

Banjir Matu menurun, empat kampung masih berisiko

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Situasi banjir di daerah ini menunjukkan sedikit penurunan, namun ia masih berisiko meningkat berikutan cuaca yang tidak menentu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu, Leftenan (PA) Jumaat Akasas, menasihatkan penduduk agar terus berwaspada dan mengutamakan keselamatan susulan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai kemungkinan gelombang kedua banjir.

“Saya mengingatkan penduduk Matu, khususnya di kawasan terjejas, supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Keselamatan diri dan keluarga perlu diutamakan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau berkata, Angkatan Pertahanan Awam (APM) terus memantau rapi situasi banjir, terutama di kawasan masih berisiko tinggi seperti Kampung Bertong, Pekan Matu, Sekaan Besar dan Jemoreng.

Bagaimanapun, secara keseluruhan, keadaan banjir di daerah ini masih terkawal, dengan pemantauan berterusan terhadap perkembangan cuaca dan paras air di kawasan berisiko.

“Hari ini genap 18 hari kita menghadapi bencana ini. Walaupun terkawal, empat kampung tersebut masih berada pada tahap bahaya,” tambahnya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada MetMalaysia serta merujuk portalbencana.nadma.gov.my untuk perkembangan semasa.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.