ARTIKEL

BANJIR…Anggota bomba memindahkan mangsa banjir di Taman Duranda Emas, tengah malam tadi.

Banjir Sarawak: 130 dipindahkan di Taman Duranda Emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Seramai 130 penduduk terjejas banjir berjaya dipindahkan dalam operasi pemantauan dan rondaan Monsun Timur Laut (MTL) yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di Taman Duranda Emas, tengah malam tadi.

Menurut Komander Operasi, PPgB Mohamad Imran Mohamad Sabri, operasi bermula pada 12.45 tengah malam dilaksanakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Siburan dengan pelibatan enam anggota bomba.

“Bagi melancarkan operasi, pasukan turut dibantu aset logistik melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux serta dua buah bot.

“Kesemua mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat dan teratur ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Taman Duranda Emas tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Tambah Mohamad Imran, mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 57 lelaki dewasa dan 40 wanita dewasa, selain 20 kanak-kanak lelaki, dua kanak-kanak perempuan serta tiga bayi.

Katanya lagi, operasi itu turut memberi keutamaan kepada golongan rentan termasuk dua orang kurang upaya (OKU), tiga warga emas lelaki dan tiga warga emas wanita.

“Pemantauan di kawasan terjejas masih diteruskan walaupun paras air menunjukkan trend menurun, namun hujan masih dilaporkan berlaku di sekitar lokasi.

“Kami sentiasa bersiap siaga dan akan meneruskan rondaan bagi memastikan keselamatan penduduk sekiranya berlaku sebarang perubahan keadaan cuaca,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU