ARTIKEL

Abang Johari menyaksikan penyerahan zakat perniagaan RM692,000 daripada Bank Islam kepada Tabung Baitulmal Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi. (UKAS)

Bank Islam sedia bangun projek wakaf berimpak tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bank Islam Malaysia Berhad menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak untuk membangunkan projek wakaf berimpak tinggi yang bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam, malah mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Ketua Pegawai Syariah dan Kelestarian Kumpulan Bank Islam, Mohd Nazri Chik berkata, pihaknya menyambut baik penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak pada tahun lalu sebagai entiti baharu selain Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), sekali gus membuka ruang lebih luas untuk kerjasama dalam pembangunan wakaf.

“Hasratnya adalah supaya Bank Islam dapat bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak melahirkan projek-projek berimpak tinggi yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada rakyat Sarawak, tetapi turut memberikan motivasi supaya wakaf tidak hanya kekal sebagai instrumen pembangunan masjid, tanah kubur dan sebagainya.

“Sebaliknya, wakaf juga dapat memberikan impak dalam ekonomi yang lebih besar kepada rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penyerahan zakat di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Terdahulu, Bank Islam menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM692,000 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 kepada TBS.

Penyerahan zakat disempurnakan Pengerusi Majlis Pengawasan Shariah Kumpulan Bank Islam, Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah, kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, dan disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mohd Nazri berkata pembayaran zakat berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Bank Islam terhadap masyarakat Sarawak sejak institusi itu mula beroperasi di negeri ini pada 1984.

Katanya, peningkatan pembayaran zakat dari tahun ke tahun turut dipengaruhi sokongan berterusan rakyat Sarawak terhadap Bank Islam serta perkembangan operasi perbankan Islam di negeri ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU