KUCHING: Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyaksikan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM915,000 daripada Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bagi tahun kewangan 2024.
Penyerahan zakat perniagaan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Datuk Mohd Muazzam Mohamad kepada Pengurus Besar TBS, Datuk Abang Mohd. Shibli Abang Mohd Nailie.
Penyerahan zakat tersebut berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.





