ARTIKEL

TAHNIAH… Pasukan Banqku FC meraikan detik kejuaraan bersama-sama tetamu kehormat dan barisan penganjur. TANDATANGAN… Khairuddin Qalam Daud menandatangani bola sebagai gimik pelancaran Pakan FC. Banqku FC rangkul juara

Banqku FC rangkul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASUKAN dari Kampung Sungai Alo Mukah Banqku FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Fatimah Abdullah 2024 setelah membenam pasukan My Team 2-0 pada aksi final di padang Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) petang kelmarin.

Gol Banqku FC dijaringkan oleh Abdul Salam Saibi melalui sepakan penalti dan satu lagi jaringan menerusi Muhammad Nazwa Helmi.

Banqku FC membawa pulang habuan RM2,500 serta piala pusingan, piala iringan dan pingat. Manakala My Team meraih RM1,500 serta piala dan pingat.

Sementara itu, pasukan Igan FC dan Jourdania menduduki tempat ketiga bersama dan masing-masing membawa pulang sagu hati, RM700.

Anugerah pemain terbaik dimenangi oleh pemain MY Team, Colin Dennis Adeni, manakala penjaring terbanyak milik Abdul Salam Saibi (Banqku FC) dengan enam gol.

Kedua-duanya menerima habuan RM100. Dalam saingan separuh akhir, Banqku FC mengatasi Igan FC menerusi penentuan penalti 4-2, setelah seri 0-0.

Manakala MY Team mengalahkan Jourdania, juga melalui penentuan sepakan penalti 5-3 setelah terikat 1-1.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Kaunselor Abdul Halim Hamdian.

Kejohanan yang bermula pada 6 Januari itu disertai 19 buah pasukan dari Dalat, Mukah, Matu, Daro, Belawai dan Balingian. Saingan diadakan dengan format liga berkumpulan (empat kumpulan)

BERITA LAIN

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan

BERITA TERBARU