ARTIKEL

Fatimah (duduk, tengah) memeluk Rajemah @ Sahnah Peei ketika menziarahi wanita warga emas yang uzur itu di rumahnya di Kampung Baru Darat, Bintulu, hari ini. Turut kelihatan Muhammad Razi (berdiri, kiri), Dayang Noorazah (berdiri, dua kiri) serta yang lain.

Bantu baik pulih rumah keluarga miskin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah akan mengemukan kepada Iskandar Turkee, jika dipilih sebagai wakil rakyat di Jepak yang baharu untuk membantu membaik pulih rumah keluarga miskin dan kurang berkemampuan di kawasan berkenaan.

Katanya bantuan itu sangat penting dan perlu diberi perhatian oleh setiap wakil rakyat bagi menyediakan kehidupan yang selesa lebih-lebih lagi jika keluarga itu ada warga emas.

“Kerajaan Sarawak ada memberi peruntukan untuk membaik pulih rumah rakyat yang miskin dan ini adalah satu bantuan yang mempunyai impak sangat tinggi.

“Ia boleh digunakan untuk membaik pulih bumbung, dinding, tandas, bilik mandi dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi dua wanita warga emas yang uzur iaitu Rajemah @ Sahnah Peei, 73, di Kampung Baru Darat dan Sabariah Chee, 71, di Kampung Baru di sini sempena Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help), semalam.

Hadir sama timbalannya, Datuk Muhammad Razi Sitam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Sementara itu, Fatimah berkata setakat ini terdapat 44 klien di bawah program Home Help di Bintulu, dengan 29 klien di kawasan Jepak, lapan di Tanjung Batu, tiga di Kemena dan empat di Kakus.

Menjelas lanjut mengenai program berkenaan, beliau berkata ia adalah inisiatif kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tinggal bersendirian atau tidak ada orang yang bersama mereka termasuk warga emas.

“Menerusi program ini, para sukarelawan akan pergi ke rumah kumpulan sasaran kita yang telah dikenal pasti, namun sebelum itu mereka diberi latihan, dibuat pemilihan dan juga dilatih sebelum dapat dijadikan sebagai sukarelawan Home Help yang berdaftar,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU