ARTIKEL

bantuan ‘Kembali ke Sekolah’ bukti keprihatinan kerajaan terhadap pendidikan dan kebajikan pelajar, Program Kembali Ke Sekolah Sarawak, bantuan pendidikan Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman, pendidikan percuma Sarawak 2026, sains matematik STEM Sarawak
P1-P2: Fazzrudin menemani pelajar SK Matang membeli keperluan persekolahan sempena program Kembali Ke Sekolah anjuran SABERKAS di Mydin Hypermarket Vista Tunku, Petra Jaya, Kuching, hari ini. - Foto: Ramidi Subari

Bantuan ‘Kembali ke Sekolah’ bukti keprihatinan kerajaan terhadap pendidikan dan kebajikan pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemberian bantuan menerusi program ‘Kembali Ke Sekolah’ membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap pendidikan dan kebajikan pelajar di negeri ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, berkata ia juga sebahagian daripada usaha untuk memastikan pendidikan anak-anak yang memerlukan tidak terabai.

Katanya, sudah pasti pihaknya juga akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan dan swasta supaya program sedemikian dapat diteruskan.

“Justeru, apa yang kita harapkan daripada anak-anak ini adalah supaya mereka sentiasa memandang serius tanggungjawab sebagai pelajar, iaitu mentaati ibu bapa dan belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Program Kembali Ke Sekolah anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di Mydin Hypermarket Vista Tunku, Petra Jaya di sini, hari ini.

Program tersebut juga menyaksikan Fazzrudin menyerahkan bantuan merangkumi alat tulis, pakaian seragam, beg dan kasut sekolah kepada 30 penerima dari Sekolah Kebangsaan (SK) Matang, selain mengiringi penerima bantuan membeli keperluan persekolahan di pasar raya berkenaan.

Sehubungan itu, Fazzrudin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, menyeru ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak serta memupuk minat mereka dalam bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi (STEM).

Menurutnya, subjek kritikal tersebut bukan sahaja penting untuk mencerahkan peluang kerjaya tetapi juga memastikan mereka menerima inisiatif pendidikan tinggi percuma yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak menjelang 2026.

“Sebab itu kita menekankan subjek atau pengkhususan penting untuk anak-anak.

“Apabila mereka tamat Tingkatan Lima dan melanjutkan pelajaran, mereka berpeluang mendapatkan pendidikan percuma yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

“Inisiatif ini memastikan pendidikan boleh diakses sambil melengkapkan graduan dengan peluang pekerjaan dan prospek kerjaya yang lebih baik.

“Inilah peranan yang mesti kita, sebagai ibu bapa dan masyarakat, perlu laksanakan,” tegasnya.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang