PADAWAN: Bantuan Khas sekali bayar sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas dan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat meringankan beban kepada golongan terbabit, kata Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil.
Beliau berkata bantuan sedemikian adalah penting bagi mereka kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kerana pelanggan kurang menggunakan perkhidmatan mereka ketika ini.
“Meskipun bantuan khas tersebut jumlahnya tidak besar namun sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka ini.
“Ini adalah satu tindakan yang baik oleh Perdana Menteri yang memahami keadaan para pemandu ketika ini,” kata Jerip kepada pemberita selepas meninjau kerja baik pulih rumah Nona Budis di Kampung Garung di sini.
Adun Mambong itu berkata, beliau berharap pengumuman Perdana Menteri dapat memberi mesej kepada orang ramai untuk bersama memerangi pandemik Covid-19.
Jelasnya, kerjasama orang ramai adalah penting dalam memastikan wabak ini dapat dikawal.
“Pada glombang pertama adalah untuk mengawal penularan wabak ini. Kini pada gelombang ketiga, kita harus melandaikan lekuk jangkitan wabak secepat mungkin
“Dalam melakukan usaha itu, banyak perniagaan terjejas. Justeru, amat bersesuaian pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini agar kita dapat bertahan dalam beberapa bulan terutamanya ketika dalam masa yang sukar ini,” kata Jerip.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my