ARTIKEL

Bantuan luar kepada penduduk bawah PKPD perlu melalui JPBBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat menyalurkan bantuan ke rumah panjang dan sekolah yang dikenakan sekatan pergerakan harus melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong (JPBBB).

Perkara tersebut ditegaskan oleh Pengerusinya yang juga Residen Bahagian Betong Friday Belik dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ini bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) kuarantin dan keselamatan di rumah panjang, sekolah termasuk penghuni tidak terganggu.

Langkah ini katanya lagi bagi melindungi semua pihak dan NGO daripada terdedah kepada penghuni yang sedang dikenakan sekatan.

Beliau memberi jaminan bahawa JPBBB akan memastikan setiap bantuan diedarkan dengan sebaiknya oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong.

BERITA LAIN

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli

BERITA TERBARU