ARTIKEL

Bantuan peralatan perkasa pendapatan penerima

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Sejahtera MADANI: Peningkatan Pendapatan – Bantuan Peralatan memberi peluang kepada penerima untuk menambah baik kaedah bekerja, sekali gus meningkatkan pendapatan harian.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha ini merupakan pendekatan yang ideal, namun secara realistiknya, tidak boleh dicapai dalam tempoh yang singkat.

“Tidak semua usaha yang dilakukan dapat mencapai sasaran pada masa yang begitu singkat.

“Namun, sekurang-kurangnya kita dapat memberi mereka ruang dan peluang untuk menambah baik kaedah bekerja agar dapat mencapai apa yang dihasratkan menerusi bantuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita seusai menyempurnakan Program Sejahtera MADANI: Peningkatan Pendapatan – Bantuan Peralatan di Dewan Serbaguna Pasir Pandak, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, ada dalam kalangan penerima yang mempunyai tugas lain yang menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk keluar. “Sebagai contoh, para nelayan.

Mereka tidak dapat menggunakan masa sepenuhnya untuk pergi ke laut setiap masa kerana ada tugas lain yang perlu dilakukan.

“Jadi, pendapatan mereka tidak sampai ke tahap yang mampu membebaskan mereka daripada menjadi penerima bantuan.

“Justeru, pihak Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM Sarawak) membuat lawatan untuk membantu dan memberi nasihat serta panduan kepada penerima supaya mereka dapat keluar daripada kitaran kemiskinan itu,” katanya.

Sehubungan itu, Nancy turut menjelaskan bahawa pihak ICU JPM Sarawak akan memantau perkembangan keberkesanan bantuan ini dalam kalangan penerima.

“Saya percaya mereka akan memberi laporan untuk mengenal pasti berapa banyak yang diperoleh para penerima.

“Sekiranya ada yang tidak mencapai sasaran, mungkin boleh diperbaiki. Tindakan susulan oleh ICU JPM Sarawak akan diadakan melalui lawatan kepada para penerima,” ringkasnya.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU