ARTIKEL

Anwar hadir Majlis Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. Foto: TVS

Bantuan RM150 Untuk Setiap Pelajar Bulan Ini – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 akan disalurkan kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 bagi meringankan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tersebut akan disalurkan dalam tempoh satu hingga dua minggu manakala kehadiran ibu bapa ke sekolah adalah wajib bagi memastikan bantuan digunakan sepenuhnya untuk keperluan pendidikan anak-anak.

“Dalam seminggu dua ini ibu bapa akan menerima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi setiap pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6.

“Kehadiran ibu bapa ke sekolah disyaratkan supaya bantuan ini benar-benar dimanfaatkan untuk pendidikan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, inisiatif ini merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk memastikan kelangsungan pendidikan serta meningkatkan akses kepada pembelajaran berkualiti di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan khas bagi menaik taraf sekolah vernakular dengan peruntukan RM80 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Peruntukan ini akan digunakan bagi menambah baik kemudahan sekolah meningkatkan kualiti pengajaran dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

“Kerajaan mengambil perhatian terhadap keperluan sekolah vernakular yang sebelum ini kurang diberi tumpuan dan tahun ini kita memastikan semua sekolah termasuk SJKC dan SJKT menerima manfaat,” ujarnya.

Tegas beliau, langkah ini selari dengan inisiatif kerajaan untuk memperkukuh pendidikan di peringkat awal selain membantu keluarga menghadapi peningkatan kos pendidikan.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU