ARTIKEL

Zainuddin (tengah) bersama Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohamed Nizam Awang Ali Bohan (kiri), meninjau keadaan di Kampung Kemunting.

Bantuan segera akan diberi kepada mangsa banjir di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu sedang dalam perancangan untuk memberi bantuan segera kepada mangsa banjir di bahagian ini selepas melihat kesan kerosakan yang ditinggalkan oleh bencana tersebut.

Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkey, berkata langkah bantuan akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bencana bagi menentukan aktiviti dan kaedah yang paling berkesan untuk membantu penduduk yang terjejas.

“Berdasarkan keadaan yang kita lihat hari ini, kami akan membawa isu ini dalam mesyuarat jawatankuasa bencana untuk merancang bantuan yang akan disalurkan kepada mangsa banjir,” katanya

Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkey.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa meninjau kawasan yang teruk terjejas di Kampung Kemunting sehingga mengakibatkan rumah sebahagian penduduk runtuh susulan tanah mendap.

Beliau turut mengingatkan penduduk untuk bersabar dan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dalam menghadapi musibah banjir ini, yang turut menjejaskan seluruh Bahagian Bintulu.

“Kami faham kesulitan yang dihadapi, dan kami sedang berusaha untuk merancang tindakan yang terbaik bagi meringankan beban penduduk,” tambahnya.

Abang Zainuddin juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Walaupun cuaca dijangka baik, kita tetap perlu berwaspada dengan keadaan sungai untuk mengelak kejadian serupa daripada berulang,” jelasnya.

Tegasnya lagi, JPBB Bintulu kekal komited untuk memastikan segala bentuk bantuan dapat diberikan kepada mangsa banjir dalam masa yang singkat, demi meringankan beban mereka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU