ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar oleh anggota polis dari bilik Mahkamah Sesyen 2.

Bapa ayam dihukum penjara, disebat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana melacurkan dua orang wanita warga asing di sebuah pusat spa dan kecantikan di Jalan Airport, Mac lalu.

Eko, 34, dari Pontianak Indonesia, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan kerana mengambil pendapatan dengan melacurkan wanita warga Thailand dan warga Indonesia.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Manakala, pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa selepas pas lawatannya tamat tempoh pada 14 Februari lalu.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukannya di sebuah pusat spa dan kecantikan di Jalan Airport, sekitar 2.15 petang, 23 Mac lalu.

Noorhisham menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan pertama. Manakala pertuduhan kedua, dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 23 Mac lepas.

Berdasarkan fakta kes, satu serbuan di pusat terbabit menangkap seorang lelaki dan dua wanita warga asing kerana melakukan aktiviti pelacuran.

Rampasan barang turut dilakukan seperti sebotol minyak pelincir, sekeping kondom dan wang tunai bernilai RM50.

Hasil siasatan mendapati tertuduh merupakan warga Indonesia masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan bekerja sebagai pengurus premis dan tukang cuci di pusat terbabit dengan hasil pendapatan RM1,100.

Dia juga menguruskan pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks daripada dua wanita tersebut.

Eko juga menguruskan bayaran pelanggan daripada kedua-dua wanita tersebut sebelum diserahkan kepada majikannya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian, manakala siasatan kes dilakukan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Logeswara Tharumalay@Krishnan.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium