ARTIKEL

Bot nelayan yang dinaiki oleh mangsa dalam kejadian tersebut.

Bapa maut, dua anak selamat dalam kejadian bot nelayan karam di perairan Pulau Bruit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Seorang bapa, 55, maut, manakala dua anaknya selamat selepas bot nelayan yang dinaiki mereka karam ketika keluar menangkap ikan di perairan Pulau Bruit berhampiran Kampung Penipah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintenden Polis (DSP) Rahim Mihos, berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan dengan kejadian itu lebih kurang jam 8.19 pagi.

“Tiga beranak ini telah keluar ke laut lebih kurang jam 6 petang semalam untuk menangkap ikan.

“Dalam perjalanan balik ke pangkalan Kampung Penipah, bot yang dinaiki terbalik akibat dipukul gelombang besar ekoran angin kuat dan hujan lebat,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Jelasnya, dua anak lelaki mangsa berjaya berpaut pada badan bot tersebut, sementara bapa mereka didapati hilang.

Hasil pencarian penduduk kampung telah menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kabin kecil bot tersebut.

Sehubungan itu, hasil pemeriksaan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia.

Dalam pada itu, Rahim menasihatkan orang ramai, terutamanya nelayan, supaya berhati-hati apabila turun ke laut ekoran angin dan ombak kuat serta keadaan cuaca yang tidak menentu pada waktu ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU