ARTIKEL

Foto: Mohd Azrin Muhammad

Bapa nekad redah longkang cari anak dikhuatiri hanyut akibat arus deras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA SELANGOR: Bapa kepada kanak-kanak 10 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang semalam, nekad meredah aliran air sejauh lebih 100 meter bagi mengesan anak sulungnya yang dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam, di sini.

Tindakan spontan itu dilakukan Khaizalullinudin Nordin, 45, sejurus tiba di lokasi kejadian dengan menelusuri setiap lubang saliran untuk mencari sebarang petunjuk mengenai keberadaan Khairil Izani yang hilang ketika bermain gelongsor air di kawasan tersebut.

“Saya redah longkang, ikut laluan air dengan harapan dapat temui anak saya walau apa keadaannya sekalipun.

Saya tidak fikir risiko lain ketika itu kerana tumpuan saya hanyalah untuk mengesan dia secepat mungkin.

“Kawasan tersebut memang sering menjadi tempat kanak-kanak bermain, namun hujan lebat yang turun secara tiba-tiba menyebabkan air melimpah dari kawasan sekitar dan menghanyutkan anak saya dalam sekelip mata,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Susulan laporan kehilangan tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan radius pencarian kini mencecah lima kilometer ke arah hilir saliran.

Kekuatan operasi turut dibantu oleh Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi memantau laluan bawah tanah yang sempit dan berisiko tinggi.

Khaizalullinudin berkata beliau mendapat perkhabaran duka mengenai nasib yang menimpa anaknya itu kira-kira pukul 6.30 petang daripada ahli keluarga dan terus bergegas ke tempat kejadian.

“Tanpa menunggu operasi rasmi bermula, saya bersama beberapa rakan memulakan ikhtiar sendiri mencari di celah-celah saliran. Keadaan menjadi lebih sukar apabila maklumat mengenai kejadian lewat diterima kerana saya masih berada di pejabat.

“Dalam keadaan arus deras begitu, saya terfikir kemungkinan dia cuba berpaut pada apa sahaja di dalam saliran itu tetapi kekuatan air mungkin mengatasi segalanya,” katanya yang redha dengan ketentuan Ilahi dan berharap anaknya ditemukan segera.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya Penolong Penguasa Bomba Azreel Izaidi Ahamad berkata pihaknya kini memberi tumpuan kepada kawasan tadahan air serta loji berhampiran yang berkemungkinan menjadi lokasi mangsa tersangkut selepas dibawa arus.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan penduduk setempat agar tidak menghampiri kawasan longkang utama sepanjang tempoh operasi SAR bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang susulan faktor cuaca yang masih tidak menentu. — Bernama

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke