Barang berjenama mampu milik di Red Bundle

KUCHING: Peminat barangan terpakai di kawasan Kuching kini boleh mengunjungi Red Bundle, Metrocity mulai 6 Mac depan.

Pengurusnya Nur Fazmin Jamin berkata, pelbagai pilihan barangan ditawarkan dengan harga mampu milik.

“Red Bundle merupakan kedai barangan terpakai yang menawarkan harga yang berbaloi kepada pelanggan.

“Untuk makluman, pembukaan Red Bundle merupakan cawangan keenam kami yang terdapat di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika
ditemu bual Suara Sarawak di Red Bundle di sini, semalam.

Menurutnya, selain menjual pakaian, Red Bundle juga menjual pelbagai jenis beg tangan berjenama kepada pelanggan.

Antaranya termasuk jenama Louis Vuition (LV), Pierre Cardin, MCM, Channel, Anne Klein dan banyak lagi.

“Pelanggan boleh mendapatkan beg tangan berjenama di sini dengan harga serendah RM200.

“Manakala, untuk pakaian, mereka boleh dapatkan pelbagai jenis jenama seperti vintaj dan Levi’s mengikut cita rasa masing-masing,” katanya lagi.

Difahamkan bahawa lebih
30,000 stok barangan di Red Bundle setakat ini, untuk dijual.

“Red Bundle sentiasa mementingkan kualiti barangan yang dijual meskipun ia cuma barangan terpakai.

“Ini sejajar prinsip kami terapkan dalam perniagaan ini – Biar Bundle Yang Penting Ori,” katanya lagi.

Menurut Fazlin, selain di Kuching, Red Bundle turut mempunyai cawangan di Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Miri.

Terdahulu, Red Bundle diasaskan Ismandi Labot yang merupakan bapa tiri Fazmin.

Suara Sarawak