ARTIKEL

Bas bawa pulang pelajar universiti disanitasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Anggota Bomba dan Penyelamat Bintulu, hari ini melakukan operasi sanitasi ke atas sebuah bas syarikat Bintang Jaya  yang digunakan untuk penghantaran pulang pelajar universiti terbabit  ke Kuching,

Operasi dijalankan oleh tiga anggota diketuai PBK II Ismail dan dibantu dua anggota PDRM Bintulu dan sepuluh petugas Lembaga Kemajuan Bintulu.

Penyemburan menggunakan  “Manual Spray” melibatkan ruangan di dalam bas, ruangan tempat barang, dashboard dan ruang  penyimpanan  barang di bahagian bawah dan luar bas dengan menggunakan kaedah penyemburan berupa campuran air dan peluntur (Clorox) dengan nisbah sukatan 1:10.

Proses sanitasi ke atas  bas itu bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 10.42 pagi tadi(Ahad).

Proses sanitasi ini merupakan prosedur yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan sebelum dan selepas  operasi penghantaran pelajar ke destinasi.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU