ARTIKEL

Dr Safiee Ahmad menyempurnakan gimik pelepasan peserta edisi pertama pertandingan memancing di Jeti Jambatan Batang Lassa anjuran Pemuda PBB N.43 Daro.

Batang Lassa ‘lubuk’ baharu kaki joran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Batang Lassa berpotensi muncul sebagai lubuk baharu pilihan kaki joran di Sarawak apabila lokasi itu berjaya menarik lebih 300 peserta menyertai Pertandingan Memancing Muara Lassa Daro, semalam.

Penyertaan memberangsangkan itu mencerminkan potensi kawasan berkenaan untuk diketengahkan sebagai destinasi sukan memancing yang mampu menarik penggemar aktiviti berkenaan dari pelbagai daerah.

Pertandingan sulung itu dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.43 Daro dengan Jeti Jambatan Muara Lassa menjadi lokasi penganjuran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad, berkata sambutan diterima membuktikan Batang Lassa mempunyai daya tarikan untuk dibangunkan sebagai lokasi pilihan kaki joran.

“Penyertaan pemancing dari Sibu, Mukah, Sarikei dan Bintangor turut memperlihatkan kemampuan acara itu menarik pengunjung dari luar Daro,” katanya ketika menyempurnakan acara pelepasan peserta pertandingan berkenaan.

Beliau berkata, penganjuran aktiviti seumpama itu bukan sahaja menggalakkan minat terhadap sukan memancing, malah membuka ruang untuk memperkenalkan daerah berkenaan kepada orang ramai.

Pertandingan itu mempertandingkan dua kategori, iaitu Bot yang membabitkan empat pemancing bagi setiap bot dan Shore Angler untuk peserta yang memancing dari kawasan tebing.

Dr Safiee berharap pertandingan berkenaan dapat dijadikan acara tahunan bagi memperluas promosi Daro sebagai destinasi pilihan peminat sukan memancing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU