ARTIKEL

Teoh Mei Xing | BERNAMA

BATC 2024: Peluang pemain junior ukur tahap permainan – Mei Xing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penganjuran Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, bulan depan, menjadi platform terbaik bagi pemain junior wanita kebangsaan mengukur tahap permainan serta standard mereka berdepan pemain terbaik serantau yang lain.

Memandangkan banyak pasukan dijangka menghantar skuad terkuat mereka pada edisi kali ini, pemain beregu wanita negara, Teoh Mei Xing berharap situasi tersebut bukan satu alasan buat pemain junior berasa gentar dengan cabaran berkenaan.

“Kalau banyak pasukan hantar barisan yang kuat pun bagus sebab junior boleh banyak belajar dari segi standard dan ukur sejauh mana tahap permainan mereka.

“Walaupun ia agak sukar (berdepan pasukan terkuat), kami tidak boleh terlalu memikirkan perkara tersebut dan lawan dapatkan satu demi satu mata untuk negara,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, semalam.

Dalam pada itu, pemain berusia 26 tahun itu berkata beliau bersedia digandingkan dengan pemain lain susulan kecederaan dialami pasangannya, Anna Ching Yik Cheong.

Walaupun sedikit terasa kehilangan Anna, Mei Xing, bagaimanapun enggan terlalu memikirkan ketiadaan pasangannya dan tekad menampilkan prestasi membanggakan bersama rakan baharunya.

“Saya tidak fikir keserasian dengan sesiapa sahaja saya digandingkan, yang penting saya akan bersedia. Jika ada peluang masuk gelanggang, saya mahu beraksi dengan baik tak kira apa terjadi,” katanya.

Selain Mei Xing, pasukan kebangsaan akan diperkuatkan dengan kehadiran pemain profesional, Goh Jin Wei serta beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah.

Turut tersenarai adalah barisan pemain berusia bawah 21 tahun iaitu K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Nurshuhaini Azman, Go Pei Kee, Low Yeen Yuan dan Tan Zhing Yi.

Sementara itu, pemain dari Selangor itu berkata persediaan menjelang BATC setakat ini berjalan lancar dengan beliau lebih banyak menumpukan untuk meningkatkan tahap keupayaan dan kekuatan fizikal.

BATC 2024 dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, bermula 13 hingga 18 Feb ini.

Pada edisi 2022, skuad wanita kebangsaan meraih pingat gangsa selepas tumpas kepada Korea Selatan, 0-3 di peringkat separuh akhir. – BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP