ARTIKEL

Foto: BAM FB | BERNAMA

BATC 2024: Skuad lelaki dan wanita negara raih laluan mudah ke suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad lelaki negara memperoleh laluan mudah ke suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila diundi dalam Kumpulan B bertemu Taiwan, Kazakhstan dan Brunei. 

Pada majlis undian disiarkan secara langsung di Facebook Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor menyaksikan pasukan lelaki negara yang merupakan juara bertahan bagi edisi 2022 “bernasib baik” apabila tidak diundi bersama juara tiga kali Indonesia (2020, 2018, 2016) di Kumpulan D bersama Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Kumpulan A boleh dianggap sebagai kelompok “maut” apabila dibarisi pasukan pilihan pertama China,  juara Piala Thomas 2022, India dan Hong Kong, manakala Kumpulan C dibarisi Jepun, Thailand, Singapura dan Myanmar.

Sementara itu, saingan wanita turut menyaksikan Malaysia bakal mengharungi cabaran mudah apabila diundi dalam Kumpulan Y bersama Thailand dan UAE, manakala juara bertahan Indonesia diundi dalam Kumpulan X bersama Hong Kong dan Kazakhstan. 

Kumpulan W dibarisi pasukan pilihan pertama China dan India manakala Jepun, Taiwan dan Singpura dalam Kumpulan Z.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir. 

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertaruhkan barisan terkuat bagi mengharungi cabaran BATC 2024 dengan menyenaraikan jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Justin Hoh, Eogene Ewe bagi kategori perseorangan. 

Kem beregu lelaki pula dibarisi juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

Bagi skuad wanita pula terdiri daripada Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Wong Ling Ching dan Siti Nurshuhaini Azman yang akan membawa cabaran dalam kategori perseorangan manakala pasangan Pearly Tan-M. Thinaah, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee dan Low Yeen Yuan-Tan Zhing Yi bagi kategori beregu. 

BAM meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir untuk skuad negara pada kejohanan yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, bermula 13 hingga 18 Feb ini.

Dalam pada itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky optimis pasukan negara mampu mara ke suku akhir melihat kepada undian bagi pasukan negara untuk kempen kejohanan berprestij itu. 

“Berdasarkan undian itu, kami telaj menyediakan atlet untuk mengharungi suku akhir, pasukan wanita juga berpeluang ke suku akhir, Malaysia adalah tuan rumah.

Saya telah minta pemain memberi tumpuan dan sekali gus membanggakan peminat badminton dan negara.

Pamer aksi juang yang terbaik. 

“Diharap semua pemain dapat memberi tentangan, memandangkan kita tidak beraksi dengan baik pada Terbuka Malaysia.

Semoga kali ini mereka akan membawa kegembiraan, kami telah menyediakan pemain dengan baik,” katanya selepas majlis undian tersebut.

BATC merupakan pentas kelayakan ke saingan Piala Thomas dan Uber 2024 selain menawarkan mata ranking bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali