ARTIKEL

Fatimah bersama-sama yang lain ketika bercakap pada sidang media. | RAMIDI SUBARI

Batik linut, ketengahkan produk tempatan berasaskan sago

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penghasilan batik menggunakan linut merupakan satu usaha yang kreatif dalam mengetengahkan produk tempatan berasaskan sago, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, inovasi berkenaan bukan sahaja memberi impak positif kepada pengusaha batik berkenaan, tetapi juga bermanfaat kepada usahawan pengeluar sago.

Fatimah dan Datuk Dr Adi Badiozaman Tuah bersama-sama yang lain ketika melawat Batik Linut. | RAMIDI SUBARI

Menurutnya lagi, pengenalan batik linut membawa manfaat kepada usahawan industri sago untuk turut berkembang dengan mempromosikan tekstil berkenaan seperti yang dilakukan oleh Batik Linut Sdn Bhd.

“Apabila batik linut diperkenalkan, mereka membawa sama produk berasaskan tepung sago, sekali gus membantu usahawan kita yang menghasilkan produk berasakan sagu.

“Begitu juga sebaliknya, jadi ini sebenarnya situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak (industri sago dan batik linut),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Perasmian Galeri dan Pejabat Batik Linut Cawangan Kuching di Tun Jugah Gallery, di sini, hari ini.

Jelasnya, langkah tersebut bukan sahaja memberi manfaat terhadap pengusaha batik linut, tetapi juga terhadap industri sago dan produk berasaskan rumbia secara keseluruhannya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU