ARTIKEL

PENGERUSI...Abang Suhordie.

Battle Of The Band Spaoh 2026 Tawar Hadiah Utama RM3,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Bagi menambah kemeriahan Karnival Spaoh 2026 yang dijadual berlangsung dari 1 hingga 3 Disember nanti, jawatankuasa pengelola menganjurkan Battle Of The Band 2026 pada 1 Disember bertempat di gelanggang futsal Spaoh, Betong.

Pengerusi pertandingan, Abang Suhordie Abang Zaini menegaskan, pertandingan sehari itu menyediakan hadiah wang tunai cukup lumayan kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga.

AKAN BERLANGSUNG…Poster tersebut.

Menurut Abang Suhordie, kumpulan yang berjaya muncul juara akan membawa pulang wang tunai RM3,000.

“Tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000. Saguhati berupa wang tunai RM500 turut disediakan untuk dua kumpulan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tidak hanya itu, hadiah wang tunai RM200 untuk pemain keyboard terbaik, gitaris terbaik, pemain drum terbaik, pemain bes terbaik dan vokalis terbaik.

“Yuran RM200 bagi setiap kemasukan kugiran yang ingin turut serta.

“Sebarang keterangan lanjut, boleh menghubungi saya (Abang Suhordie) di talian 013-5756363,” jelas beliau.

BERITA LAIN

Kuching-Jakarta buka laluan Sarawak jadi hab umrah

KUCHING: Laluan penerbangan terus Kuching-Jakarta berpotensi menjadi pemangkin kepada usaha menjadikan Sarawak sebagai hab pengumpulan jemaah umrah dari rantau Borneo, termasuk Sabah, Brunei dan Indonesia.

BERITA TERBARU

Kuching-Jakarta buka laluan Sarawak jadi hab umrah

KUCHING: Laluan penerbangan terus Kuching-Jakarta berpotensi menjadi pemangkin kepada usaha menjadikan Sarawak sebagai hab pengumpulan jemaah umrah dari rantau Borneo, termasuk Sabah, Brunei dan Indonesia.