ARTIKEL

Batu Kawa Fun Run 2026 yang julung kali diadakan pada 3 Mei depan

Batu Kawa Fun Run 2026 Buka Penyertaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai dipelawa menyertai Batu Kawa Fun Run 2026 yang julung kali akan diadakan pada 3 Mei depan.

Acara tersebut dianjurkan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Desa Wira, Batu Kawa menerusi Jawatankuasa RELA Kawasan Desa Wira dengan kerjasama Y Sandals.

Ia menawarkan larian sejauh tiga kilometer (3KM) dan lima kilometer (5KM) yang sesuai untuk penyertaan pelbagai peringkat peserta.

Selain mempromosikan gaya hidup aktif, penganjuran acara berkenaan turut bertujuan meningkatkan sokongan masyarakat terhadap peranan RELA Desa Wira sebagai pasukan sukarelawan berasaskan komuniti di kawasan Batu Kawa.

Batu Kawa Fun Run 2026 juga merupakan antara acara larian berskala besar yang jarang dianjurkan di kawasan MJC Kuching dan dijangka menarik penyertaan komuniti pelari tempatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dijadualkan hadir sebagai tetamu kehormat, sekali gus mencerminkan sokongan kepimpinan negeri terhadap inisiatif berasaskan komuniti.

Sementara itu, penganjur bersama Y Sandals akan menaja 10 set hadiah cabutan bertuah serta baucar diskaun khas kepada semua peserta. Pengumuman lanjut berkaitan hadiah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pendaftaran dibuka sehingga 31 Mac 2026, jam 11.59 malam, dengan beberapa kategori penyertaan ditawarkan bagi larian 3KM dan 5KM.

Maklumat lanjut serta pendaftaran boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.ticket2u.com.my/event/46939/batu-kawa-fun-run-2026

BERITA LAIN

BERITA TERBARU