ARTIKEL

Bau sasar RM1.8 bilion KDNK setahun menjelang 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daerah Bau perlu menambah baik beberapa komponen pembangunan agar dapat mencapai sasaran RM1.8 bilion bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata, laporan awal yang dijalankan oleh pihak perunding diurus oleh Unit Perancangan Ekonomi bagi Rancangan Induk Greater Bau menjangkakan daerah tersebut akan menyumbang RM800 juta KDNK setahun yang disifatkan rendah.

Justeru itu katanya, perancangan dalam Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA), projek Rakyat dan pembangunan Pasar Serikin menerusi peruntukan RM1 bilion untuk pembangunan sempadan Sabah dan Sarawak dilihat mampu mencapai sasaran tersebut.

Henry, Residen Bahagian Serian Selamat Jati Yanjah, Ketua Pegawai Eksekutif GKCDA Datuk Ik Pahon Joyik dan Pegawai Daerah Bau Constantine Gerald David Jonas hadir makmal mini GKCDA hari ini.

“Ini adalah kesan berganda yang akan dinikmati oleh rakyat dan GKCDA akan melengkapi kesemua pembangunan ini.

“Dengan infrastruktur kerajaan dan pelaburan swasta yang datang melabur, kita berupaya mencapai RM1.8 bilion menjelang 2030,”katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Makmal Mini GKCDA, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Henry berkata, perancangan akan datang menerusi GKCDA dilaksanakan secara berasingan dari Perancangan Induk Greater Bau 2016-2030.

Katanya, beberapa projek dalam perancangan tersebut telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan disifatkan dalam pelaksanaan.

Justeru beliau berkata, GKCDA akan melihat kepada perancangan baharu seperti pembangunan bandar sempadan Serikin iaitu pembinaan kedai premium, pelabuhan darat serta memperluaskan jalan menghubungkan Bau-Serikin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU