ARTIKEL

Sagah ketika berucap pada majlis simbolik pecah tanah bagi projek menaik taraf dan pembinaan jalan baharu dari Kampung Segubang ke Kampung Kopit, di sini.

Bau terus maju dengan jaringan jalan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Usaha Kerajaan Sarawak memperkukuh jaringan infrastruktur luar bandar diteruskan dengan pelaksanaan projek menaik taraf dan pembinaan jalan baharu dari Kampung Segubang ke Kampung Kopit di bawah seliaan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Majlis simbolik pecah tanah bagi projek berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu berkata Kerajaan Sarawak melalui GKCDA sentiasa komited dalam memastikan keperluan rakyat di kawasan luar bandar sentiasa diberi perhatian dan tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan.

“Usaha ini merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan untuk menyeimbangkan pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya.

Sementara itu, ADUN Serembu, Miro Simuh, memberitahu bahawa projek tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta dan dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk kampung sekitarnya.

Sagah menyempurnakan simbolik pecah tanah.

Katanya, pembinaan jalan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan kesesakan aliran trafik yang sebelum ini terpaksa melalui kawasan dalam Kampung Kopit, tetapi turut membuka peluang baharu dalam sektor pertanian dan pembangunan perumahan.

“Jalan ini juga akan menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi tempatan serta memudahkan pergerakan masyarakat luar bandar ke kawasan berhampiran,” ujarnya.

Projek berkenaan merupakan antara inisiatif berterusan Kerajaan Sarawak dalam menjayakan pembangunan inklusif dan mampan demi memastikan kemajuan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh semua lapisan rakyat termasuk komuniti luar bandar.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU