ARTIKEL

KONGSI REZEKI... Gerald Rentap menyampaikan bungkusan bubur lambuk dan bubur pedas kepada penduduk ketika merasmikan Bazar Ramadan Betong di Tasik Medan.

Bazar Ramadan galak ekonomi tempatan, wadah perpaduan pelbagai kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Bazar Ramadan disifatkan sebagai serampang dua mata yang dapat mengangkat ekonomi tempatan dan menjadi wadah perpaduan pelbagai kaum.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, sehubungan itu, bazar ini banyak dihidupkan di pelbagai kawasan.

Di Betong, Pertubuhan Kebajikan Peniaga Melayu Betong (PKPMB) telah menempatkan 28 ruang niaga yang menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa.

“Selain itu, Pasar Tani Medan yang beroperasi di lokasi sama turut dibuka setiap hari sepanjang Ramadan bagi menampung keperluan pengunjung.

“Usaha menghidupkan bazar Ramadan ini merupakan platform yang dapat merancakkan ekonomi tempatan, dalam masa sama menjadi wadah perpaduan masyarakat.

MURAH REZEKI… Gerald Rentap menyantuni peniaga yang berniaga di Bazar Ramadan Betong.

“Sambil kita menikmati juadah yang jarang didapati pada bulan lain, kita dapat mengeratkan silaturahim sambil menyokong usahawan tempatan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar itu berkata demikian semasa merasmikan Bazar Ramadan Betong di Tasik Medan, kelmarin.

Sebagai sebahagian daripada Program Ihya Ramadan, Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Layar turut mengadakan Program Edaran Bubur Lambuk.

“Saya difahamkan 100 bungkus bubur lambuk dan 100 bungkus bubur pedas diagihkan kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Selain itu, PKPMB turut menyerahkan sumbangan hamper kepada ahli-ahli yang memerlukan sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan mereka.

Rentap meluangkan masa melawat gerai-gerai jualan, sambil beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung. Kehadiran beliau disambut baik oleh masyarakat setempat yang menyatakan penghargaan atas sokongan yang diberikan kepada peniaga kecil dan ekonomi tempatan.

Inisiatif ini bukan sahaja memeriahkan suasana Ramadan tetapi juga membuktikan komitmen pemimpin setempat dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, serta ekonomi peniaga tempatan semakin berkembang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU