Trending

Bazar Ramadan Satok tumpuan pelbagai bangsa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Bazar Ramadan Satok mendapat perhatian selepas kawasan pengoperasian hari pertama sebanyak 95 gerai menjual juadah berbuka bersedia menyambut pelanggan pelbagai bangsa dari kawasan berdekatan.

Suasana meriah di lokasi diserikan lagi dengan kehadiran Adun Satok Datuk Ibrahim Baki bagi merasmikan pembukaan Bazar Ramadan Satok 2023.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ditugaskan memantau pengoperasian bazar khususnya terhadap kawalan harga jualan dan penjagaan kebersihan.

“Bazar ini menyediakan pelbagai pilihan makanan. DBKU pula melakukan pemantauan supaya peniaga tidak meletakkan harga terlalu tinggi termasuk menjaga kebersihan makanan sert tapak bazar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai melakukan lawatan ke tapak bazar tersebut, hari ini.

Mengulas mengenai situasi di bazar Ramadan katanya, keadaan sudah boleh berjalan seperti biasa seperti sebelum pandemia Covid-19.

“Apa yang menariknya di sini, tapak bazar ini menjadi medan pertemuan pelbagai budaya dengan kehadiran penduduk tanpa mengira bangsa memenuhi bazar pada hari pertama beroperasi.

“Hasil tinjauan kita pada hari pertama bazar beroperasi saya melihat Cina, India, Iban ada di sekeliling dan mereka bekerjasama menjayakan bazar Ramadan ini.

“Harapan kita supaya keberkatan Ramadan untuk Sarawak dan Malaysia mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain,” katanya.

Bagi bazar Ramadan di Satok, 71 gerai minuman dan 20 gerai makanan termasuk empat gerai makanan panggang disediakan bagi memenuhi pilihan pelanggan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru