ARTIKEL

Julaihi (kanan) dan Hanad (kiri) menunjukkan peranti yang memaparkan keputusan ujian kelajuan rangkaian 5G selepas demonstrasi di reruai Demanlink Connexion Sdn. Bhd. sempena demonstrasi pada Pameran dan Persidangan Air dan Sisa Antarabangsa Borneo (BIWWEC) 2026 di BCCK, di sini, hari ini. Foto GHAZALI BUJANG

BCCK 2 bakal dilengkapi sistem liputan rangkaian 5G

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) 2 dijangka turut dilengkapi sistem liputan rangkaian dalam bangunan (IBC) 5G sebaik sahaja pembinaannya siap menjelang 2028, sekali gus memperluas penggunaan teknologi telekomunikasi berkelajuan tinggi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata pemasangan sistem berkenaan amat wajar memandangkan ia mampu memenuhi keperluan industri yang semakin bergantung kepada sambungan Internet berkelajuan tinggi.

“Berdasarkan ujian kelajuan yang dilakukan sebentar tadi, saya fikir ia amat diperlukan. Diharapkan mereka akan memasang kemudahan 5G di BCCK 2.

“Saya juga berpendapat pelaksanaan perkara ini adalah wajar kerana ia sememangnya untuk kegunaan industri, jadi saya mengesyorkan mereka memasang kemudahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat reruai Demanlink Connexion Sdn. Bhd. sempena demonstrasi pada Pameran dan Persidangan Air dan Sisa Antarabangsa Borneo (BIWWEC) 2026 di BCCK, di sini, hari ini.

Julaihi ketika mengadakan lawatan ke reruai Demanlink Connexion Sdn. Bhd. Foto GHAZALI BUJANG

Mengulas prestasi rangkaian itu, Julaihi menambah, ujian yang dijalankan menunjukkan perbezaan ketara antara kelajuan rangkaian 4G dengan 5G sekali gus berharap agar kemampuan rangkaian itu dapat menampung kehadiran pengguna yang ramai di BCCK.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Demanlink Connexion Sdn. Bhd. Hanad Yusuf memaklumkan pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pengurusan BCCK bagi memastikan IBC 5G turut dilaksanakan di BCCK 2 sebaik sahaja projek berkenaan siap.

Dalam pada itu, Hanad memaklumkan, bagi ujian secara langsung hari ini (15 Julai) mereka berjaya memperoleh kelajuan lebih daripada 1,000 megabit sesaat (Mbps) menggunakan sistem 5G.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU