ARTIKEL

BDA nasihat pengguna berwaspada ketika kerja-kerja pemasangan lampu isyarat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menasihatkan pengguna jalan raya supaya meningkatkan kewaspadaan ketika melalui persimpangan Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Law Gek Soon di sini berikutan kerja-kerja pemasangan lampu isyarat.

Dalam kenyataannya, BDA memaklumkan kerja-kerja pemasangan itu dijalankan oleh kontraktor yang dilantik bermula 7 September hingga 1 Oktober depan.

Menurut BDA, pengguna jalan raya diminta mematuhi semua arahan keselamatan dan papan tanda lalu lintas yang disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja bagi memastikan keselamatan serta kelancaran aliran trafik.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan keadaan trafik dan berhati-hati ketika melalui kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

BDA turut menyeru semua pengguna jalan raya agar memberikan kerjasama dengan mengutamakan aspek keselamatan serta mematuhi sebarang arahan yang dikeluarkan pihak berkaitan sepanjang tempoh tersebut.

Selain itu, orang ramai disaran merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau kelewatan yang mungkin berlaku susulan pelaksanaan kerja pemasangan lampu isyarat tersebut.

BDA dalam masa sama memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan menghargai kerjasama serta kesabaran pengguna jalan raya sepanjang tempoh kerja berkenaan.

Ends.

Caption:
Notis pemberitahuan kerja pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Law Gek Soon bermula 7 September hingga 1 Oktober ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU