ARTIKEL

Kumpulan muzik tempatan dipelawa menyertai pertandingan Battle of the Bands sempena Bintulu Music pada 5 dan 6 Disember ini.

BDA tawar hadiah RM12,000 pertandingan Battle of the Bands

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kumpulan muzik tempatan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM6,000 menerusi pertandingan Battle of the Bands sempena penganjuran Bintulu Music pada 5 dan 6 Disember ini.

Pertandingan anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) itu bertujuan menyediakan platform kepada kumpulan muzik, khususnya dari Bintulu dan kawasan sekitarnya, untuk mengetengahkan bakat serta kreativiti mereka.

Sebanyak RM12,000 diperuntukkan sebagai hadiah wang tunai dan juara bakal menerima RM6,000, naib juara RM4,000 manakala tempat ketiga membawa pulang RM2,000.

Menurut kenyataan BDA, penyertaan masih dibuka kepada kumpulan muzik yang berminat, namun tempat adalah terhad dan yuran penyertaan dikenakan.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi pertandingan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Nur Hafizah Mohd. Radzuan menerusi talian 012-8705605.

BDA berharap pertandingan itu dapat membantu mengetengahkan bakat muzik tempatan serta menyemarakkan kegiatan seni dan hiburan di Bintulu.

BERITA LAIN

Kuching City tanpa Petrus di Paroi

KUCHING: Kuching City FC perlu mencari formula baharu di bahagian tengah apabila turun menentang Negeri Sembilan FC tanpa khidmat perancang utamanya, Petrus Shitembi dalam aksi

Agensi kerajaan diarah selesaikan aduan rakyat segera

SERIAN: Agensi kerajaan, khususnya jabatan teknikal, diarahkan menyelesaikan segera aduan rakyat berkaitan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik bagi mengelakkan masalah berlarutan. Setiausaha Kerajaan

BERITA TERBARU