ARTIKEL

Latihan kebakaran di tapak pelupusan sampah Kidurong antara Seksyen Kesihatan Awam dan Persekitaran BDA dan Trienekens Sdn. Bhd. Cawangan Bintulu.

BDA, Trienekens jalani latihan hadapi insiden kebakaran tapak pelupusan sampah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pihak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) melalui Seksyen Kesihatan Awam dan Persekitaran (PHE), telah melaksanakan latihan kebakaran bersama Trienekens Sdn. Bhd. Cawangan Bintulu di tapak pelupusan sampah Kidurong, baru- baru ini.

Latihan ini melibatkan seramai 11 anggota BDA dan lapan kakitangan Trienekens yang bertanggungjawab menguruskan tapak tersebut.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan kedua-dua pihak dalam menghadapi insiden kebakaran di tapak pelupusan sampah.

Aktiviti tersebut merangkumi simulasi pemadaman kebakaran serta latihan pengurusan risiko bagi memastikan kedua-dua pasukan dapat bertindak dengan cekap dan berkesan sekiranya berlaku kebakaran di kawasan tersebut.

Dengan latihan ini, diharapkan kedua-dua pihak dapat mempertingkatkan kecekapan dalam tugas memadam kebakaran dan memastikan keselamatan di tapak pelupusan sampah Kidurong sentiasa terjamin.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan