ARTIKEL

Wakil BDC menyampaikan pek makanan kepada mangsa terjejas

BDC Turun Padang Dalam Misi Santuni Mangsa Banjir Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Borneo Development Corporation (Sarawak) Sdn Bhd (BDC) menyalurkan 250 pek makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Rantau Panjang di Dewan SJK (C) Chung Hwa Batu Kawa.

Sumbangan yang disampaikan pada Jumaat itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kemanusiaan BDC bagi meringankan beban keluarga terjejas susulan kejadian banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan BDC, bantuan makanan tersebut bertujuan memenuhi keperluan asas mangsa selain memberikan sokongan moral kepada mereka yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan itu.

“Bantuan ini mencerminkan komitmen berterusan BDC dalam menyokong komuniti setempat, khususnya ketika berdepan situasi mencabar seperti bencana alam,” jelas kenyataan itu.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat dan Strategi BDC yang mewakili Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif serta pihak pengurusan syarikat.

BDC berharap inisiatif berkenaan dapat memberikan keselesaan kepada mangsa banjir, sekali gus menyemai semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial selaras dengan nilai teras syarikat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU