ARTIKEL

Beban 434 ketua isi rumah diringankan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebanyak 434 Ketua Isi Rumah dari Kampung Assyakirin Fasa 1, Kampung Assyakirin Fasa 2 dan Kampung Assyakirin Fasa 3 menerima bantuan makanan Sarawakku Sayang Parlimen Bintulu, kelmarin.

Bantuan berupa beras, minyak masak, gula dan mi segera itu bagi meringankan beban masyarakat setempat yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid19.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berharap melalui bantuan yang diberikan itu, secara tidak langsung membantu meringankan beban setiap keluarga yang tidak dapat keluar mencari rezeki sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Pada masa yang sama, beliau berharap semua pihak dapat bekerjasama dalam membantu usaha kerajaan mengekang dan memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dengan mematuhi PKP.

Beliau turut menasihati penduduk di kawasan Parlimen Bintulu supaya kekal berada di dalam rumah dan patuh akan arahan PKP selain sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

King Sing yakin PKP yang memasuki fasa ketiga ini mampu dilaksanakan dengan syarat kerjasama padu daripada semua pihak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU