KUCHING: Beberapa bahagian dan daerah di Sarawak dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, amaran cuaca itu dikeluarkan membabitkan Bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), dan serta (Sibu dan Selangau).
Katanya selain itu, bahagian yang dijangka berdepan cuaca itu termasuk Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.
METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam.

