ARTIKEL

Beberapa jalan di sekitar Stadium Sarawak ditutup Ahad sempena perasmian Para Sukma XXI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa jalan di sekitar Stadium Sarawak bakal ditutup sempena perasmian Para Sukma XXI Sarawak pada 22 September ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Farhan Lee Abdullah berkata, penutupan jalan dilaksanakan bermula 7 malam sehingga selesai.

“Antara jalan terlibat ialah bulatan Kesuma Resort; lorong masuk ke tempat letak kenderaan di hadapan Stadium Sarawak serta laluan ke tempat letak kenderaan belakang Stadium Sarawak.

“Laluan lain termasuk persimpangan Pusat Skuasy Sarawak ke Stadium Sarawak; jalan masuk ke pintu A dan D Stadium Sarawak serta simpang ke Perkampungan Sukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Farhan, orang ramai yang ingin hadir dinasihat menggunakan laluan tertentu untuk ke tempat letak kenderaan awam yang dikhaskan.

Katanya, penggunjung dari arah bulatan Sesco dinasihatkan membuat pusingan ‘U’ di bulatan Casuarina kemudian melalui Jalan Casuarina untuk masuk ke simpang Jalan Stadium (ring).

“Kenderaan yang melalui Jalan Diplomatik boleh terus masuk ke kawasan tempat letak kenderaan di tempat letak kereta di belakang Stadium Sarawak.

“Sementara, kenderaan dari tempat letak kenderaan Stadium Sarawak dinasihatkan keluar menggunakan Jalan Diplomatik menghala ke Demak.

“Kenderaan dari Jalan Stadium (ring) dinasihatkan keluar menghala ke Jalan Casuarina,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang datang agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan dan merancang perjalanan selain memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan.

Sebarang pertanyaan lanjut katanya, boleh menghubungi Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuching di talian 082-259900.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan