ARTIKEL

LOKASI… penutupan jalan semasa majlis perasmian pada 28 Oktober dan 5 November 2023 sempena Regatta Sarawak 2023

Beberapa jalan utama di Tebingan Kuching ditutup sempena Regatta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jalan Main Bazaar dari arah jalan Gambier menuju Jalan Abdul Rahman akan ditutup selama 10 hari bermula Sabtu (28 Oktober) sehingga 5 November 2023.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ia susulan lokasi digunakan untuk khemah kraf sempena program Regatta Sarawak sempena Festival Tebingan Kuching 2023.

Pada masa sama katanya, beberapa jalan akan ditutup dan dilencongkan bermula jam 7 pagi sepanjang tempoh yang telah ditetapkan.

“Jalan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah Jalan Wayang atau Jalan Main Bazaar jadi kenderaan dari arah Jalan Tunku Abdul Rahman dilencongkan ke lampu isyarat St Marry.

“Jalan Tun Abg Hj Openg atau wawasan, lampu isyarat jalan Tabuan atau Mcdouggal (St Marry) serta susur jalan Temple ke Jalan Wayang,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan agar tidak mengganggu pergerakan lalu lintas.

Jelasnya, beberapa tempat letak kenderaan akan disediakan termasuk medan letak kereta UTC, medan letak kereta Sarawak Plaza, Dewan Suarah, bangunan Tun Jugah, dan bangunan Medan Pelita.

“Pengunjung juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat lalu lintas dan arahan pegawai polis yang bertugas,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU