ARTIKEL

Penutupan sementara beberapa laluan di pusat bandar Bintulu sempena acara Larian Jambatan Jepak 2025, Ahad ini.

Beberapa laluan sekitar Bintulu ditutup sementara sempena Larian Jambatan Jepak 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Beberapa laluan utama di sekitar Bintulu akan ditutup sementara pada Ahad ini bermula 6 hingga 8.30 pagi bagi memberi laluan kepada penganjuran Larian Jambatan Jepak (Jepak Bridge Run) 2025.

Penutupan jalan ini melibatkan laluan dari Dewan Suarah Bintulu menyusuri Jalan Tun Ahmad Zaidi, Jambatan Bintulu—Jepak, kemudian melalui Jalan Pisang Raja, Jalan Polycarp Sim Ching Mong dan kembali ke Jalan Tun Ahmad Zaidi sebagai laluan penamat.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijadualkan hadir untuk menyempurnakan acara pelepasan peserta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, penutupan jalan tersebut merupakan sebahagian daripada langkah keselamatan bagi menjamin kelancaran acara dan keselamatan peserta serta pengguna jalan raya.

“JKR Sarawak memohon kerjasama orang awam untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan petugas di lokasi.

Penutupan ini bersifat sementara dan dijangka tamat sepenuhnya sekitar 8.30 pagi,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai turut dinasihatkan agar berhati-hati khususnya di kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan seperti di sekitar Jambatan Bintulu — Jepak serta mengutamakan keselamatan sepanjang tempoh acara berlangsung.

Acara pelepasan peserta akan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Penganjuran Jepak Bridge Run 2025 merupakan inisiatif bersama JKR Sarawak dan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), dengan kerjasama PPES Works dan Cahya Mata Sarawak.

Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik boleh diajukan kepada Ibu Pejabat JKR Sarawak, Cawangan Komunikasi Korporat di talian 082-203100 atau e-mel corporatejkr@gmail.com.

Maklumat lanjut juga boleh dirujuk melalui laman rasmi di jkr.sarawak.gov.my.

Penganjuran acara larian ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah menjadi platform untuk memperkenalkan Jambatan Bintulu–Jepak sebagai salah satu mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di wilayah tengah Sarawak.

BERITA LAIN

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas