ARTIKEL

Setiausaha Eksekutif PEMADAM Negeri Sarawak, Munawar Ismail ditemui TVS pada program "BreakOff eSports Challenge" (BEC) 2025 di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Kuching pada Ahad. | Foto TVS

BEC 2025 didik belia bahaya rokok dan vape

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program BreakOff eSports Challenge (BEC) 2025 anjuran PEMADAM Sarawak menjadi platform mendidik masyarakat khususnya belia mengenai bahaya rokok dan vape.

Setiausaha Eksekutif PEMADAM Sarawak, Munawar Ismail berkata, program ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah medium penyebaran maklumat serta memperkukuh kerjasama dalam menangani isu penyalahgunaan rokok, vape dan dadah.

“Program Program BEC 2025 beri kesedaran bahaya rokok dan vape kepada belia serta tampilkan eSports, pameran kereta, BMX dan lain-lain,” katanya ketika ditemui TVS sempena program berkenaan di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Kuching hari ini.

Turut mencuri tumpuan, Muhammad Ar Rayyan, 16, yang menandatangani kontrak tiga tahun bersama pasukan Bigetron Vitality, Indonesia yang telah membantu pasukannya meraih tempat ketiga dalam kejohanan dunia eSports di Hong Kong, Jun lalu.

“Pencapaian yang paling saya banggakan apabila dipilih oleh pasukan luar negara, yakni Indonesia untuk mewakili pasukan negara tersebut dan memenangi pertandingan antarabangsa di Hong Kong,” katanya.

Sementara itu, pemain eSports Kuching City F.C., Muhammad Arish Syameer Ruka, 24, berkata, penyertaan dalam BEC memberi pendedahan dan ruang untuk menyerlah di kejohanan lebih tinggi.

“Kami berminat menyertai pertandingan sebegini kerana selain mengembangkan bakat, kami juga mahu berikan pendedahan kepada pemain-pemain eSports Sarawak,” jelasnya.

Pengurus pasukan itu, Mohd Khairol Anwar, 28, menyifatkan penganjuran BEC penting untuk mencungkil bakat belia dan menyebarkan kesedaran bahaya rokok, vape dan dadah.

“Saya berharap ramai lagi komuniti belia menyertai program seperti ini kerana kita dapat mencungkil bakat-bakat baharu yang terpendam di negeri ini,” ujarnya. — TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU