ARTIKEL

(FILES) People inspect the damage in a room following Israeli bombardment at Nasser hospital in Khan Yunis in the southern Gaza Strip on December 17, 2023, amid ongoing battles between Israel and the Palestinian militant group Hamas. Medics are sounding the alarm at southern Gaza's Nasser hospital, where a nurse said snipers are killing people, sewage has flooded the emergency room and drinking water has run out. Fighting between Israeli soldiers and Hamas militants has taken place all around Nasser hospital in the southern Gazan city of Khan Yunis. (Photo by AFP)

Bekalan elektrik terputus tiga pesakit maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KHAN YUNIS: Tiga pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza, meninggal dunia pada pagi Jumaat, akibat gangguan bekalan elektrik di tengah-tengah pengepungan berterusan Israel ke atas hospital itu, menurut sumber perubatan.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan keadaan menyedihkan di hospital itu dengan dua wanita terpaksa bersalin dalam keadaan serba kekurangan akibat kekurangan kemudahan penting seperti elektrik, air, makanan dan alat pemanas.

Sumber itu berkata, bahan api semakin berkurang dan sekatan Israel menimbulkan ancaman kepada nyawa pesakit dan kanakkanak di kompleks hospital itu.

Pentadbiran hospital menggesa semua institusi antarabangsa segera campur tangan untuk menyelamatkan mereka yang berada di kompleks perubatan berkenaan.

Terdahulu pada Khamis, tentera pendudukan Israel memaksa pentadbiran Kompleks Perubatan Nasser supaya memindahkan semula 95 profesional penjagaan kesihatan, 11 keluarga, 191 pesakit dan 165 penjaga pesakit bangunan lama Nasser Building.

Serangan Israel di Gaza turut membunuh lebih daripada 28,000 orang dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran serta kekurangan barangan keperluan. – Bernam

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

BERITA TERBARU