ARTIKEL

Halangan tarif dan bukan tarif perlu dihapus – Mohamad Hasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa negara Komanwel menggandakan usaha menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif terhadap perdagangan serta pelaburan sesama anggota.

Beliau menyampaikan cadangan itu dalam intervensi pada Sesi Eksekutif II Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-28 di St John, Antigua dan Barbuda, pada Selasa.

Selain memperkemas piawaian produk, mengurangkan karenah birokrasi dan menangani isu sambungan Internet, beliau mencadangkan ketersambungan lebih baik, termasuk pengaturan visa khas bagi pekerja perniagaan, pegawai kerajaan dan pelajar.

Untuk menarik pelaburan langsung asing, beliau mengesyorkan pembiayaan inovatif seperti bon hijau dan pembiayaan campuran, di samping alat pengurangan risiko seperti jaminan dan pembiayaan bersama.

Menurut Bernama, dalam bidang kemahiran belia, beliau menyatakan Malaysia melabur US$67.78 juta melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang melibatkan 13,157 peserta Komanwel, selain mencadangkan tiga langkah berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan menegaskan perlunya komitmen serius serta kemahuan politik.

BERITA LAIN

Sarawak gesa agensi percepat projek RMK-13 sebelum 2030

KUCHING: Semua kementerian, jabatan dan agensi di Sarawak digesa mempercepat pelaksanaan keutamaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) kerana tempoh menuju sasaran Strategi Pembangunan

BERITA TERBARU

Wang Tak Dituntut cecah lebih RM14 bilion

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara (JANM) merekodkan lebih RM14 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) sehingga 30 September 2026, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir