ARTIKEL

Musim tengkujuh mengakibatkan peniaga ikan bergantung kepada bekalan import.

Bekalan ikan, sayur terjejas akibat musim tengkujuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Musim tengkujuh yang melanda negara ketika ini memberi kesan ketara kepada bekalan dan harga barangan, khususnya ikan dan sayur.

Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan peniaga terpaksa bergantung kepada bekalan import kerana kesukaran mendapatkan sumber tempatan.

Peniaga ikan di Medan Niaga Satok, Salleh Mustafa, 64, berkata bekalan ikan segar berkurangan kerana nelayan tempatan menghadapi kesukaran untuk turun ke laut.
“Kebanyakan ikan yang dijual sekarang adalah ikan sejuk beku yang diimport dari India, Thailand, dan juga dari dalam negara seperti Pulau Pinang.

“Saya menjangkakan bekalan kembali pulih kira-kira 20 hari selepas Tahun Baharu Cina, iaitu selepas Chap Goh Mei. Buat masa ini, kebanyakan ikan di pasaran adalah ikan sejuk beku,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Salleh Mustafa ketika ditemu bual di pasar ikan Medan Niaga Satok.

Menurutnya, laut yang bergelora serta hujan lebat menyebabkan kapal hanya dapat menghantar bekalan sebulan sekali, bergantung kepada keadaan cuaca.

Buat masa ini, kebanyakan peniaga luar bandar mendapatkan ikan dari kilang di Bintawa, manakala beliau sendiri mendapatkan bekalan dari Padungan dan Tanjung Bako.

Walaupun bekalan ikan segar berkurangan, Salleh berkata peniaga enggan menaikkan harga secara mendadak bagi mengelakkan bebanan kepada pembeli, terutamanya golongan B40.

“Jualan buat masa ini masih terkawal dan kami tidak menaikkan harga dengan terlalu tinggi. Apabila gaji naik, harga barang juga meningkat, dan ini memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Sementara itu, peniaga sayur, Jonim Nyaew, 53, berkata bekalan sayur juga terjejas, namun harga masih dalam kawalan.

“Bekalan agak susah diperoleh semasa musim hujan ini, tetapi harganya tidak naik mendadak,” katanya yang sudah lebih 10 tahun berniaga di pasar berkenaan.

Menurutnya, harga sayur kampung dijual pada kadar biasa, dan jika berlaku kenaikan, ia hanya sedikit bergantung kepada bekalan harian.

“Kebanyakan kenaikan hanya dalam beberapa sen sahaja, bukan dalam kadar yang tinggi. Jika bekalan mencukupi, harga kekal stabil,” jelasnya.

Jonim Nyaew ketika ditemu bual di pasar sayur Medan Niaga Satok.

BERITA LAIN

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika

BERITA TERBARU

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika