ARTIKEL

Bekalan Minyak Terjamin, Kenaikan Harga Terus Tekan Kewangan Negara – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bekalan minyak negara kekal terjamin, namun peningkatan harga global bahan api itu yang tidak dapat dielakkan terus memberikan tekanan kepada kewangan kerajaan, yang komited mengekalkan harga subsidi RON95 pada RM1.99 seliter demi melindungi majoriti rakyat.

Beliau berkata gangguan dan risiko ke atas laluan perdagangan antarabangsa akibat konflik di Asia Barat menyebabkan kos penghantaran dan insurans meningkat, sekali gus memberikan kesan kepada harga minyak.

Namun, Perdana Menteri berkata Malaysia masih dapat menjamin bekalan minyak dan gas untuk kegunaan domestik melalui hubungan baik dengan Iran serta negara pengeluar lain, antaranya Rusia, Turkmenistan dan Uzbekistan.

“Jadi, itu (bahan api) ada (terjamin dari) segi supply, tetapi harga meningkat. 

“Ini bukan masalah yang berpunca daripada kita, tetapi yang berlaku (faktor luaran). Sebab itulah, kita terpaksa berdepan dengan (cabaran) harga minyak,” kata beliau pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di sini hari ini.– BERNAMA

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat