ARTIKEL

Gambar hiasan

Bekalan petrol, diesel negara masih mencukupi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan memberi jaminan bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi walaupun konflik di Asia Barat serta tekanan ekonomi global mula menjejaskan rantaian bekalan tenaga dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata harga minyak RON95 bersubsidi turut kekal pada kadar RM1.99 seliter meskipun berlaku peningkatan kos berkaitan penghantaran dan insurans minyak melalui Selat Hormuz.

Menurut beliau, hubungan baik Malaysia dengan beberapa negara termasuk Iran membantu memastikan laluan bekalan minyak negara berjalan lancar setakat ini, sekali gus mengelakkan gangguan lebih besar terhadap bekalan bahan api tempatan.

Anwar turut mengakui berlaku sedikit gangguan bekalan diesel sebelum ini susulan peningkatan kos import, namun kerajaan sudah melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan termasuk program BUDI MADANI bagi membantu golongan terkesan seperti petani, nelayan dan pengusaha pengangkutan seperti dipetik dari Bernama.

Beliau berkata Malaysia masih berada dalam keadaan lebih baik berbanding beberapa negara jiran yang sedang berdepan tekanan serius berkaitan bekalan bahan api, termasuk Filipina.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke