ARTIKEL

Bekas ADUN bebas tuduhan cabul isteri rakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin melepaskan dan membebaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, daripada pertuduhan mencabul isteri rakannya empat tahun lepas.

Majistret Amalina Basirah Mohd Top memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Wan Ahmad Nizam, 58, di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil untuk membela diri.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria manakala Wan Ahmad Nizam diwakili Peguam Haijan Omar, Nik Zarith Nik Moustpha dan Asyraf Abu Bakar Hamzah.

Perbicaraan kes itu bermula pada 5 Oktober 2022, dengan seramai tiga saksi pendakwaan memberikan keterangan.
Pada 29 Jun 2021, Wan Ahmad Nizam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa berumur 51 tahun itu, dengan maksud mencabul kehormatannya, di dalam sebuah ruang bersebelahan bilik tidur utama di sebuah kediaman di Taman Bukit Melawati, antara jam 1 pagi hingga 5 pagi, 20 Julai hingga 15 Ogos 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Caption: Wan Ahmad Nizam (lima, kiri) dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada pertuduhan mencabul isteri rakannya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU