ARTIKEL

Leonard Libau Anol | Foto: Mohd Alif Noni

Bekas guru besar pilihan GPS di Simanggang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengalaman sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat menjadi antara latar belakang calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Simanggang, Leonard Libau Anol, 64, yang kini bersedia memikul tanggungjawab baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13.

Bekas guru besar itu mempunyai pengalaman dalam kepimpinan masyarakat selepas dilantik sebagai Penghulu Bandar Simanggang selama tiga tahun sebelum diberi tanggungjawab sebagai Temenggong Iban Bahagian Sri Aman.

Leonard berkata, beliau bersara daripada sektor pendidikan pada usia 60 tahun sebelum dilantik sebagai penghulu, sekali gus memulakan fasa baharu dalam perkhidmatannya kepada masyarakat.

“Selepas bersara pada usia 60 tahun, saya dilantik sebagai Penghulu Bandar Simanggang. Tidak lama selepas itu, saya dilantik sebagai Temenggong Iban bagi masyarakat Iban di Bahagian Sri Aman,” katanya.

Mengulas pelibatannya dalam politik, beliau berkata, minat mengikuti perkembangan politik setempat sudah bermula sejak sekian lama, khususnya menerusi hubungannya dengan penyandang kerusi Simanggang sebelum ini, Datuk Francis Harden Hollis.

“Sebenarnya, saya sudah lama mengikuti Datuk Francis Harden. Sebelum dilantik sebagai penghulu, saya memang mengikuti perkembangan beliau dan selepas itu saya semakin aktif.

“Walaupun pemimpin masyarakat dan ketua kaum tertakluk kepada batasan dalam pelibatan politik, kita tetap menyokong dan mengikuti perkembangan politik semasa,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, keluarganya memberikan sokongan dengan penyertaannya dalam pilihan raya kali ini.

Pada PRU Sarawak kali ini, Leonard menggantikan Datuk Francis Harden yang tidak mempertahankan kerusi DUN Simanggang selepas menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 1996.

BERITA LAIN

ASEPP 2026 Perkukuh Budaya Keselamatan di Tempat Kerja

KUCHING: Program Astana Safety and Emergency Preparedness Programme (ASEPP) 2026 diharap menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan keselamatan secara berterusan, bukan sahaja di Astana Negeri Sarawak,

BERITA TERBARU

ASEPP 2026 Perkukuh Budaya Keselamatan di Tempat Kerja

KUCHING: Program Astana Safety and Emergency Preparedness Programme (ASEPP) 2026 diharap menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan keselamatan secara berterusan, bukan sahaja di Astana Negeri Sarawak,