ARTIKEL

Kredit: FB RTM | Bernama

Bekas penyampai radio RTM Mariamah Tijo meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio terkenal di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mariamah Tijo meninggal dunia pada usia 76 tahun, awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pada kira-kira 5 pagi.

Anak sulungnya Muhammad Hafiez Othman, 53, berkata arwah ibunya dibawa ke hospital itu selepas mengalami sesak nafas pada malam Selasa lepas.

“Arwah mempunyai beberapa penyakit termasuk strok sejak empat tahun lepas, namun dimasukkan ke hospital dua hari lepas kerana sukar bernafas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Darul Ehsan SS15 Subang Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 sebelum zuhur.

Allahyarham pernah menerima sumbangan menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA pada 20 Mac 2024. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium