ARTIKEL

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada Sesi Taklimat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) mengenai Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 : Cadangan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta Cadangan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri di Parlimen Malaysia hari ini.

Bekas PM 10 tahun tidak boleh dilantik semula selepas RUU lulus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri yang mempunyai rekod perkhidmatan selama 10 tahun sebelum ini tidak boleh dilantik semula apabila Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri diluluskan Dewan Rakyat dan dikuatkuasakan kelak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata RUU itu memperuntukkan tempoh perkhidmatan bagi mana-mana Perdana Menteri ditentukan berdasarkan jumlah tahun berkhidmat dan bukan tempoh penggal Parlimen.

“Misalnya, selepas RUU diluluskan, PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menang lagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 dan mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi, boleh kerana jika dikira berdasarkan tahun, masih berbaki tujuh tahun lagi.

“Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika menjadi Perdana Menteri semula kerana menang, tempoh berkhidmatnya tinggal lapan tahun. Kemudian Ahli Parlimen Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mungkin tinggal sembilan tahun,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai RUU itu di Dewan Serbaguna Parlimen, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta beberapa Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Terdahulu, Azalina membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, beliau berkata pindaan terhadap Perlembagaan itu dibuat bagi memenuhi komitmen manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 serta hasrat Kerajaan MADANI merealisasikan reformasi institusi.

Beliau berkata pendirian Kerajaan MADANI adalah untuk memastikan jawatan Perdana Menteri tidak disandang bagi tempoh terlalu lama, iaitu melebihi 10 tahun.

Mengenai sama ada pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri itu akan diteruskan selepas pentadbiran Kerajaan MADANI, Azalina berkata perkara itu bergantung kepada pimpinan kerajaan pada ketika itu.

“Perlembagaan boleh dipinda. Kerajaan seterusnya yang mempunyai majoriti dua pertiga boleh meminda undang-undang, itu sememangnya prerogatif mereka,” katanya.

Azalina berkata RUU berkenaan hanya melibatkan tempoh jawatan Perdana Menteri dan tiada kaitan secara langsung dengan jawatan Ketua Menteri mahupun Menteri Besar kerana perkara itu melibatkan urusan negeri.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat