ARTIKEL

BERCAKAP… Asfia bercakap semasa sidang media sempena Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kedua DUN Sarawak Ke-19, di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini

Belajawan Sarawak 2024 antara lima RUU akan dibentang pada sidang DUN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Belanjawan Sarawak 2024 yang merupakan antara lima Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal menjadi tumpuan utama rakyat negeri ini.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, belanjawan itu akan dibentang oleh Premier merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2024), 2023.

“Bacaan kali pertama dan kedua bagi RUU tersebut adalah pada 20 November, manakala bacaan kali ketiga pada 29 November.

“Di sini, semua wakil rakyat bakal membahaskan RUU tersebut dari 22 hingga 24 November ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kedua DUN Sarawak Ke-19, di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, ujarnya persidangan tersebut akan berlangsung selama lapan hari bermula dari 20 hingga 29 November ini.

“RUU lain yang akan dibentangkan oleh para menteri adalah RUU Ombudsman Sarawak, 2023; RUU Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau), 2023; RUU Pengagihan Gas (Pindaan), 2023; dan RUU Elektrik (Pindaan), 2023,” ujarnya.

Bacaan kali pertama untuk semua RUU itu juga akan dilakukan pada hari pertama persidangan, Isnin ini.

Dalam pada itu katanya, persidangan kali ini menerima sejumlah 322 soalan daripada 41 ADUN , dengan sesi soal jawab dijadualkan selama empat hari dari 21 hingga 24 November.

RAKAMAN KENANGAN… Asfia (tengah) merakam gambar kenangan bersama-sama
Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Idris Buang (kanan) dan Setiausaha DUN Sarawak Pele Peter Tinggom (kiri).

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU