ARTIKEL

Belanjawan 2025: Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kadar gaji minimum pekerja di negara ini dinaikkan daripada RM1,500 ringgit kepada RM1,700 sebulan, berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 sebulan membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan, iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

“Kerajaan MADANI sentiasa menitikberatkan soal pendapatan rakyat. Penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Persidangan Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.

“Umpamanya, gaji permulaan juruteknik industri dan pengeluaran sekitar RM2,290, jurutera mekanikal pula sebanyak RM3,380, manakala profesional pereka kandungan kreatif sebanyak RM2,985,” jelasnya.

Untuk rekod, bermula 1 Mei 2022 kadar gaji minimum pekerja swasta ditetapkan pada RM1,500 bagi majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih dalam satu syarikat.

Penetapan tersebut boleh dirujuk pada Perintah Gaji Minimum 2022 mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang digazetkan kerajaan pada 27 April 2022.

Berdasarkan dokumen itu, kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan dan sebagainya berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha