ARTIKEL

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

Belanjawan 2025 perkasa reformasi ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyambut baik Belanjawan 2025 yang menekankan reformasi ekonomi melalui kemampanan sumber tenaga dan air.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kementerian itu menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM4.95 bilion bagi pembangunan sektor tersebut.

Daripada jumlah tersebut, RM362.67 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM4.59 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Fadillah berkata kerajaan memberi fokus kepada usaha mengekang kesan perubahan iklim yang semakin ketara, khususnya dalam menangani banjir yang kerap melanda negara.

“PETRA terus komited untuk melaksanakan projek tebatan banjir sebagaimana diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2025.

“Setakat ini, kerajaan berjaya menyiapkan lapan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM540 juta.

“Seterusnya, 12 projek RTB dengan kos RM3 bilion telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) pada 2024 dan berjalan mengikut jadual,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Projek tersebut melibatkan RTB Sungai Damansara di Selangor, RTB Sungai Likas di Kota Kinabalu, Sabah, RTB Sungai Triang di Bera, Pahang, RTB Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih di Kuala Nerus, Terengganu, dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa Dua, Kota Bharu.

Fadillah, yang juga Menteri PETRA, berkata sebagai langkah segera bagi menangani banjir kilat di ibu kota dan bandar-bandar lain, kerajaan turut menyalurkan RM150 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Pengairan dan Saliran untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai.

Selain itu, Fadillah turut mengumumkan beberapa inisiatif lain berkaitan dengan peralihan tenaga.

Ia termasuk Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga bernilai lebih RM300 juta bertujuan menggalakkan pelaksanaan inisiatif berkaitan peralihan tenaga di seluruh negara.

Antara inisiatif lain seperti Program Net Energy Metering (NEM) turut dilanjutkan hingga 30 Jun 2025 agar lebih banyak bumbung premis dimanfaatkan bagi pemasangan solar fotovoltaik (PV).

Pelaksanaan Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) diteruskan dengan pembiayaan sebanyak RM1 bilion hingga tahun 2026.

Beberapa projek ‘National Energy Transition Roadmap’ (NETR) juga memasuki fasa pelaksana.

Salah satu daripadanya adalah projek Ladang Solar Terapung Hidro Hibrid Kenyir dan hab hidrogen hijau
di Terengganu yang dapat menghasilkan tenaga 1,000 megawatt.

Satu lagi program adalah Program ‘Large Scale Solar’ (LSS) dengan peruntukan RM70 juta disediakan untuk menggalakkan pembelian kelengkapan elektrik cekap tenaga dalam bentuk e-rebat bagi pengguna domestik dan sektor industri.

Dengan pelaksanaan program ini, katanya, negara dapat menjimatkan 571 gigawatt jam setahun bersamaan dengan RM112 juta.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan